Saturday, February 26, 2011

Borang Penyertaan Kursus Pengurusan Jenazah 13.03.2011 Pukul :9:00 pagi hingga 3:00 petang.

Assallammualaikum semua,

Bagi memudahkan muslimin dan muslimat sekalian mendapatkan borang penyertaan , sila klik dibawah pada perkataan "Borang penyertaan Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran JKQKE Dan E-Kifayah".


Klik Disini Untuk Muat turun : Borang Penyertaan Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran JKQKE Dan E-Kifayah 


Peringatan : Pastikan internet tuan/puan di pasang dan aktif sebelum klik, selepas klik tunggu sebentar sementara dokument dibuka dan dipamerkan selepoas itu klik pada butang "Download" disebelah kiri atas skrin anda dan pilih destinasi kemana tuan/puan hendak "save" atau simpan document ini , selepas itu bolehlah tuan/puan "print" untuk mengisi borang tersebut.


Sila pulangkan borang yang telah diisi kepada pihak pengurusan  surau al-kautsar sebelum tarikh tutup : 06.03.2011 Kerjasama tuan tuan dan puan puan amat dihargai .

Untuk keterangan lanjut boleh lah menghubunggi :

1. En Kamarulzaman / Ketua Qaryah Kawasan E Sungai Pinang Serinabay Dan JKR / HP : 0194110876
2. En Mohamad Amin / Setiausaha Qaryah Kawasan E Sungai Pinang Serinabay Dan JKR / HP : 012-4210765

Sekian

Saya Yang Menjalankan Tugas

En Mohamad Amin Bin Abdul Kadir
Setiausaha JKQKE 2011-2012
Serinabay Apartment Sungai Pinang.
Email : pmp_200@hotmail.com.

Saturday, February 19, 2011

Program Krusus Pengurusan Jenazah Di Surau Al Kautsar Serinabay Anjuran Jawatankuasa Qaryah Kawasan E Dan Syarikat E-Kifayah Malaysia

Assallammualaikum Semua ,


Disini dimaklumkan bahawa satu program krusus pengurusan jenazah di surau al kautsar anjuran JKQKE dan E-Kifayah Malaysia Pada 13.03.2011 hari ahad.


Program krusus pengurusan jenazah ini akan mensasarkan 50 orang peserta lelaki dan perempuan dibawah usaha sama E-kifayah yang mempunyai kelulusan daripada MOSTI dan juga satu satunya syarikat ulung yang mengendalikan pengkebumian jenazah secara sistematik dan mengikut hukum syarak tanpa membebankan waris , ianya menitik beratkan tangungjawap fardu kifayah dan berteraskan syariah islam . Sijil akan dikeluarkan daripada pihak jawatankuasa dan E kifayah.


Bagi yang berminat bolehlah mendapatkan borang penyertaan daripada pihak urusetia JKQKE di surau Al-Kautsar Serinabay Sungai Pinang. Hanya 50 tempat disediakan kepada siapa cepat dia dapat .


Syarat syarat penyertaan : 



  • Lelaki / Perempuan 
  • Beragama islam 
  • Berumur 18 tahun keatas 
  • Tinggal di dalam qaryah kawasan E sungai pinang 
  • Boleh mengikuti dan menghabiskan krusus sehari ini tanpa halangan
  • Makan minum disediakan
  • Penyertaan Adalah Percuma Untuk 50 Orang Yang Pertama
  • Borang Penyertaan Boleh Didapati Di Surau Al Kautsar Serinabay Pulau Pinang 

Krusus 1 hari ini memerlukan kos bagi makan dan minum serta pembayaran yuran yang dikenakan oleh pihak E-kifayah kepada pihak jawatankuasa .Berikut dinyatakan dibawah kos yang memerlukan sumbangan dan peruntukan ikhlas daripada YB/Dato/Tuan/Puan dalam serba sedikit meringankan dan memudahkan usaha dakwah ini dalam mencari pahala kebaikan kita semua di dunia dan akhirat :


Kos E-kifayah mengendalikan krusus            RM 1,250.00  
( untuk 50 Orang Peserta )


Kos Makan dan minum 1 hari krusus             RM    400.00  
( untuk 50 Orang Peserta )


Jumlah Keseluruhan Kos                           RM 1,650.00

Komitment kami kepada pihak YB/Dato/Datin/Tuan/Puan adalah akan sentiasa mendengar dan berusaha menyelesaikan segala kemusykilan masyarakat setempat di sini.Kami juga akan setiasa memantau dari masa ke semasa dalam usaha dakwah kami untuk bersama sama membanyakan lagi program program meningkatkan syiar islam di kawasan kami.

“Inamal amallun bill niat”

Allah tidak akan merubah nasib sesebuah kaum itu jika mereka sendiri tidak berusaha untuk berubah .Berubah kearah kebenaran dan Kebaikan .Kami akan laksanakan tanggungjawap yang telah diberikan sebagai janji kami kepada masyarakat dan Allah S.W.T.
Laksanakanlah  Islam Itu secara total yakni menyeluruh dalam seluruh  bidang yang kita lakukan.
Sekian ,
Saya Yang Menurut Perintah
Mohamad Amin Bin Abdul Kadir
Setiausaha Kawasan E
Serinabay Apartment , Sg Pinang
19.02.2011

Panggilan Mesyuarat JKQKE 1 Malam Ini 19.02.2011 Selepas Isyak 9:00pm Hingga 10:00pm.

Assallammualaikum semua ,

Disini saya ingin maklumkan satu mesyuarat pertama selepas penubuhan JKQKE akan diadakan malam ini selepas Isyak 19.02.2011 bertempat di surau Al-kautsar Serinabay Sungai Pinang.9:00pm - 10:00pm.

Agenda Mesyuarat adalah :

1. Pendaftaran Kehadiran Ahli
2. Bacaan Doa selamat dan al fatiha
3. Ucapan Ketua Kawasan E
4. Pengesahan Minit Mesyurat yang Lepas.
5. Perkara - perkara Berbangkit
6. Pembentangan Penyata Kewangan
7. Perbincangan dan pengutaraan usul usul atau cadangan
8. hal hal lain
9. bacaan doa penutup
10. bersurai .

Kehadiran semua AJK dan juga penduduk Islam dalam kawasan ini digalakan

Sekian

Saya Yang Menurut Perintah

En Mohamad Amin Bin Abdul Kadir
Setiausaha JKQKE 2011

Friday, February 18, 2011

SENARAI NAMA JAWATANKUASA JKQKE 2011

UCAPAN DASAR TUAN HAJI SHUKOR PENGERUSI JAWATANKUASA QARYAH MASJID JAMEK SUNGAI PINANG , GEORGETOWN PULAU PINANG DALAM MAJLIS MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA QARYAH KAWASAN E , SERINABAY DAN JKR

                   Tuan Haji Shukur Memulakan Ucapan beliau dengan memberikan salam  kepada semua qaryah yang hadir pada malam itu , beliau memuji ucapan ketua kawasan E En kamarulzaman yang telah memberikan hujah pembukaan yang baik dan penuh kesedaran kepada semua qaryah yang hadir pada malam itu , Beliau Cuma ingin menekankan kepada semua yang hadir tentang  syarat syarat perlantikan AJK yang ingin berminat menjadi AJK ,seperti termaktub dalam  enakment Agama Islam Pulau Pinang kepada ciri ciri seseorang yang layak bertanding sebagai AJK dalam JKQKE ini. Beliau Juga memberikan penerangan tentang keluasan kawasan E ini  kepada semua yang hadir pada malam itu yangmana ianya bermula daripada Serinabay ,  Taman Serina , Desa selatan , Westcourt Dan Kawasan Perumahan JKR termasuk Jeti Nelayan.

 Beliau juga tidak lupa menerangkan tentang kebaikanya bulan ini yakni bulan Rabibul Awal kepada semua dalam usaha dakwahnya pada malam itu. Sebagai  Pengerusi qaryah Masjid Jamek Sg Pinang dan selaku ketua bahagian jawatankuasa kawasan  Qaryah masjid jamek sg pinang , beliau sekali lagi berpesan dan memberikan amanat kepada sesiapa yang terpilih supaya memikul tanggungjawap dengan cekap , bersih dan  beramanah. Rumusan Saya daripada ucapan beliau dalam mesyurat pertama  penubuhan jawatankuasa Qaryah Kawasan E , Serinabay Dan JKR.

 Beliau Memberikan Salam Dan Menutup Ucapan Beliau  Sekian  Catatan Saya sebagai pengerusi pada malam itu 

 Saya Yang Menurut Perintah 

 En Mohamad Amin Bin Abdul Kadir 
 Setiausaha JKQKE 2011-2012
 Tarikh : 14.02.2011 ,
ISNIN  Pada Pukul : 9:16 p.m. 

Thursday, February 17, 2011

UCAPAN DASAR EN KAMARULZAMAN KETUA KAWASAN E

 Assalamualaikum, 

 Jutaan terima kasih kepada Pengerusi Qaryah Masjid Jamek Sungai Pinang Tuan Haji Shukor, Tim.Pengerusi Qaryah Masjid Jamek Sungai Pinang Tuan Haji Ibrahim, Setiausaha Qaryah Masjid Jamek Sungai Pinang Tuan Haji Elias, Bendahari Qaryah Masjid Jamek Sungai Pinang Tuan Haji Nordin, AJK Qaryah Masjid Jamek Sungai Pinang Tuan Haji Abdul Samat, Imam Surau AL-Kautsar Ustaz.Ahmad Sayuti, AJK Surau AL-Kautsar,wakil penduduk Islam Pangsapuri Serina Bay, wakil penduduk Islam Taman Serina,wakil penduduk Islam rumah kluster dan wakil penduduk   Islam Desa Selatan.

 Sesebuah taman atau kawasan  itu bersatu hati atau tidak lihatlah pada bilangan solat jemaah  di Masjid atau  surau dikawasan tersebut. Masjid dan suraulah sebaik-baik tempat yang dapat menyatukan hati orang Islam dan juga  tempat perjumpaan dan berkumpul bagi orang Islam. Hari ini kita dapat melihat keadaan bilangan jemaah yang turun solat berjemaah di  Surau AL-Kautsar,yang mana penduduk di Pangsapuri Serina Bay sebanyak 300unit didiami penduduk Islam,Taman Serina lebih kurang  100unit penduduk Islam dan rumah kluster sebanyak 100unit penduduk Islam. Solat berjemaah di surau kita cuma nampak sebilangan kecil sahaja iaitu sebanyak 60 ke 65orang sahaja.

 Kita yang turun berjemaah janganlah setakat solat sahaja,malahan kita inilah yang harus memikirkan bagaimana kita nak memastikan saudara-saudara muslim dikawasan kita dapat bersama-sama dengan kita turun  berjemaah disurau kita. Dari segi kemudahan,alhamdulilah kita diberi semua kemudahan oleh Allah s.w.t. Yang penting sekarang ini kita disuruh oleh Islam supaya  adakan hubungan dengan Allah s.w.t. dan kemudian adakan hubungan sesama manusia. Sekarang ini kita sesama muslim pun segan nak ucapkan salam. Orang alim hendaklah dimuliakan,orang dewasa dihormati,kanak-kanak dikasihi..

 Kita akan tingalkan dunia yang fana ini satu hari nanti. Setiap yang bernyawa/berjiwa pasti merasai mati. Maka marilah kita penduduk Islam di Kawasan E bersama-sama dengan saya untuk  memastikan supaya semua penduduk Islam dikawasan kita dapat bersama-sama dengan kita demi untuk mengimarahkan  surau dikawasan kita. Marilah kita berkerja dalam satu kumpulan dan janganlah kita berpecah belah..

 Bersatu teguh, bercerai roboh..