Assalamualaikum,
Jutaan terima kasih kepada Pengerusi Qaryah Masjid Jamek Sungai Pinang Tuan Haji Shukor, Tim.Pengerusi Qaryah Masjid Jamek Sungai Pinang Tuan Haji Ibrahim, Setiausaha Qaryah Masjid Jamek Sungai Pinang Tuan Haji Elias, Bendahari Qaryah Masjid Jamek Sungai Pinang Tuan Haji Nordin, AJK Qaryah Masjid Jamek Sungai Pinang Tuan Haji Abdul Samat, Imam Surau AL-Kautsar Ustaz.Ahmad Sayuti, AJK Surau AL-Kautsar,wakil penduduk Islam Pangsapuri Serina Bay, wakil penduduk Islam Taman Serina,wakil penduduk Islam rumah kluster dan wakil penduduk Islam Desa Selatan.
Sesebuah taman atau kawasan itu bersatu hati atau tidak lihatlah pada bilangan solat jemaah di Masjid atau surau dikawasan tersebut. Masjid dan suraulah sebaik-baik tempat yang dapat menyatukan hati orang Islam dan juga tempat perjumpaan dan berkumpul bagi orang Islam. Hari ini kita dapat melihat keadaan bilangan jemaah yang turun solat berjemaah di Surau AL-Kautsar,yang mana penduduk di Pangsapuri Serina Bay sebanyak 300unit didiami penduduk Islam,Taman Serina lebih kurang 100unit penduduk Islam dan rumah kluster sebanyak 100unit penduduk Islam. Solat berjemaah di surau kita cuma nampak sebilangan kecil sahaja iaitu sebanyak 60 ke 65orang sahaja.
Kita yang turun berjemaah janganlah setakat solat sahaja,malahan kita inilah yang harus memikirkan bagaimana kita nak memastikan saudara-saudara muslim dikawasan kita dapat bersama-sama dengan kita turun berjemaah disurau kita. Dari segi kemudahan,alhamdulilah kita diberi semua kemudahan oleh Allah s.w.t. Yang penting sekarang ini kita disuruh oleh Islam supaya adakan hubungan dengan Allah s.w.t. dan kemudian adakan hubungan sesama manusia. Sekarang ini kita sesama muslim pun segan nak ucapkan salam. Orang alim hendaklah dimuliakan,orang dewasa dihormati,kanak-kanak dikasihi..
Kita akan tingalkan dunia yang fana ini satu hari nanti. Setiap yang bernyawa/berjiwa pasti merasai mati. Maka marilah kita penduduk Islam di Kawasan E bersama-sama dengan saya untuk memastikan supaya semua penduduk Islam dikawasan kita dapat bersama-sama dengan kita demi untuk mengimarahkan surau dikawasan kita. Marilah kita berkerja dalam satu kumpulan dan janganlah kita berpecah belah..
Bersatu teguh, bercerai roboh..
No comments:
Post a Comment